Serlahkan seri dinding dengan pita pelekat

Posted by admin - January 1, 2019

Sebenarnya pita pelekat bukan sahaja satu warna, tetapi ada yang mempunyai corak-corak yang sangat menarik terutamanya tape yang digunakan di kedai-kedai hadiah. Pita pelekat yang pelbagai corak ini biasanya digunakan untuk melekatkan balut hadiah dan pada barangan kraf yang lain.

Image description

Ada yang baik kualitinya ada yang kurang. Pon begitu, membeli salah satu daripadanya tidaklah memakan kos yang banyak.

Pita pelekat yang baik tidak mudah untuk mengupas, dan biasanya akan kekal pada tempatnya untuk suatu masa yang agak lama. Ini menjadikan bahan ini cukup sempurna untuk digunakan menghias dinding rumah anda. Idea DIY yang pasti mudah untuk sesiapa sahaja melakukannya.

Caranya amatlah mudah. Pada contoh kali ini, kita hanya menggunakan pita pelekat yang berwarna hitam. Biarkan ia ringkas tetapi kekal menarik.

Dengan membuat tanda "+" pada jarak yang tidak terlalu jauh, tidak juga terlalu dekat, itu sudah cukup menaikkan seri salah satu dinding anda.

Image description Image description Image description Image description


Home > Blog > Life is > Serlahkan seri dinding dengan pita pelekat