Katil ringkas dengan palet

Posted by admin - January 1, 2019

Kayu palet adalah kayu yang digunakan untuk memuatkan kandungan kargo. Idea menggunakan kayu palet ini sebagai item perabot, agak meluas terutamanya mereka yang bujang dan belum berkeluarga. Perabot yang dihasilkan kayu palet mencetuskan citarasa muda-mudi.

Antara perabot yang boleh dibuat dengan menggunakan kayu palet ini adalah katil. Dengan menyusun beberapa kayu palet sahaja dengan hamparan tilam di atasnya sudah boleh menjadikannya sebuah katil dengan citarasa tersendiri. DIY yang sangat mudah dan tidak memerlukan olahan yang terlalu kompleks.

Kebaikan lain menjadikan kayu palet ini sebagai katil ialah dengan adanya lebih ruang udara di celah-celah kayu palet ini, tilam anda lebih mudah bernafas berbanding dengan katil yang biasa yang kadang-kala tiada ruang udara yang baik untuk tilam.

Image description

Menyusun satu tingkat palet sahaja sudah boleh menjadi katil dengan citarasanya yang tersendiri. Menjadikannya dua tingkat pula, membuatkannya sama tinggi dengan ketinggian katil biasa.

Selain dari menyusun palet dan menghamparkan tilam, tambahan palet di bahagian kepala katil juga menaikkan citarasa yang agak hip. Mewarnakannya kepada warna putih juga idea yang baik. Lagi-lagi kalau set tilam, selimut dan bantal anda disarungkan dengan warna putih juga.

Image description


Home > Blog > Life is > Katil ringkas dengan palet