Cara menarik menggantung topi

Posted by admin - January 6, 2019

Topi yang merupakan salah satu item fesyen yang digemari ramai. Cumanya, kadang-kala untuk menyimpannya adalah sedikit payah. Meletakkannya sebarangan pula boleh menyebabkan bentuknya rosak atau terdedah pada kerosakan seperti terduduk di atasnya atau terpijak.

Image description

Bagi mereka yang mempunyai masalah tidak tahu cara terbaik untuk menyimpan koleksi topi anda, artikel pada kali ini akan menjawab persoalan tersebut.

Menyimpan topi secara menggantungnya adalah cara yang paling mudah. Selepas memakainya, gantung pada tempatnya dan ketika mahu memakainya semula, ambil saja dari tempat gantungan tersebut. Untuk kali ini, beberapa idea menggantung topi akan kami kongsikan bersama anda.

Selain menggantung atau menyangkutnya, menyusunnya di rak juga suatu idea yang baik.

Image description

Anda mungkin pernah hilang topi anda kerana lupa di mana anda meletakkannya. Tetapi dengan idea yang kami kongsi pada kali ini, kami pasti anda bukan sahaja akan memiliki sudut menggantungkan topi-topi anda bahkan hati pun akan selalu teruja. Memakai dan menyimpan topi menjadi sesuatu yang menggembirakan anda.


Home > Blog > Life is > Cara menarik menggantung topi