Cara lembutkan daging agar empuk dan enak

Posted by admin - January 5, 2019

1. MASUKKAN SUDU

Image description

Macam tidak percaya tetapi inlah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular. Cuma letakkan sebatang sudu/garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab sebenarnya sudu dapat membantu suhu ditingkatkan dalam periuk. Pastikan sudu adalah dari jenis besi/tembaga.

2. BETIK MUDA

Image description

Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh sahaja gunakan batang betik.

3. BATANG TEBU

Image description

Jika tiada batang betik, boleh juga gunakan batang tebu dengan cara yang sama seperti di atas.

4. DAUN NANGKA

Image description

Ambil daun nangka dan keringkan getahnya terlebih dahulu. Kemudian boleh masukkan ke dalam masakan. Gunakan dalam 4-5 helai.

5. CUKA

Image description

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid daripada cuka dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.

6. LEMON / LIMAU NIPIS

Image description

Selain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas. Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.

7. BAKING SODA

Image description

Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

8. BIJI / BUAH KURMA

Image description

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak. Jika mahu elakkan rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.

9. GULA BATU

Image description

Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. masa untuk daging masak dengan lembut menjadi lebih cepat daripada biasa.

10. CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETUL

Image description

Akhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup.


Home > Blog > Tips > Cara lembutkan daging agar empuk dan enak