Bina rak ringkas, ada gaya walau di tandas

Posted by admin - January 3, 2019

Dengan menggunakan batang rod untuk langsir pintu, anda sebenarnya boleh membina rak yang ringkas di dalam tandas. Ruang seperti di atas tangki boleh dimanfaatkan dengan adanya rak ringkas seperti ini.

Caranya mudah, tak perlu memaku dinding, batang rod ni, boleh dipulas pada bahagian hujungnya supaya menjadi lebih panjang sehingga memberikan tekanan pada kedua-dua hujung batang rod ke dinding. Ini membuatkannya, agak kukuh untuk sekadar meletakkan barang-barang yang tidak begitu berat.

Image description

Image description

Papan agak berat, jadi gunakan kadbod sahaja sebagai alas. Potong kadbod sesuai dengan saiz rak yang kita inginkan. Melekatkan wallpaper pada kadbod ini juga suatu idea yang baik. Kadbod boleh jadi kelihatan seperti kayu yang kukuh.

Image description

Image description

Jika anda menggunakan papan yang mungkin sedikit berat, tambah saja bilangan batang rod kepada 3 atau lebih. Akhir sekali, letakkan sahaja kadbod atau papan ke atas batang rod.

Image description

Image description

Setelah semua ini siap, letakkanlah tisu tandas, atau pun beberapa bahan bacaan di atas rak ini. Mudah bukan. Dengan hanya menggunakan beberapa batang rod langsir pintu dan kepingan kadbod sahaja, sudah dapat menggayakan ruang tandas anda.

Image description


Home > Blog > Life is > Bina rak ringkas, ada gaya walau di tandas