About

Selamat Datang ke pukululu.com!
Tahniah, anda menjumpai laman web ini. Izinkan saya terangkan serba sedikit mengenai laman web ini.

Salam semua!

Saya Suzi. Penulis blog untuk laman web ini. Laman web ini adalah tempat saya berkongsi kepada para pembaca berkenaan petua dan pengalaman kehidupan.

Saya sebenarnya berasal dari Kelantan. Bertemu jodoh dengan orang Johor. Kini kami menetap di Nusajaya, Johor bersama 3 orang anak lelaki.

Semoga anda semua dapat serba sedikit manfaat daripada perkongsian dari saya ini. Jika anda ingin menghubungi saya, bolehlah menghantar email ke admin@pukululu.com

Perkongsian artikel di internet

Saya agak aktif menulis di blog suatu ketika dahulu. Pada saya, perkongsian kisah harian dalam kehidupan di internet pada masa itu(trending ketika itu) adalah sesuatu yang baik.

Artikel atau posting yang dikongsikan di internet seperti menyuntik semangat sesama kita untuk terus mencorakkan kehidupan ini yang pada hakikatnya penuh dengan pancaroba. Yang penting sejauh manakah kita mampu untuk melihat sudut positif dalam kisah-kisah yang dikongsikan di internet.

Namun, saya telah berhenti menulis untuk jangka masa yang agak panjang. Kesebukan membesarkan anak-anak dan menguruskan urusan keluarga, mengekang masa saya untuk terus menulis.

Bagaimana laman web ini bermula

Keinginan untuk terus menulis masih ada sehinggalah saya membuat keputusan untuk menulis lagi. Kali ini melalui pentas pukululu.com

Apalah makna hidup ini jika dihabiskan tanpa meninggalkan apa-apa manfaat kepada yang lain. Walaupun pemilihan topik untuk disajikan di pukululu.com ini tidaklah seberapa, saya masih percaya, ada manfaatnya.

2017

3 orang anak lelaki saya sudah boleh memahami arahan saya. Sebagai ibu, menyayangi itu satu hal, mendidik pula adalah satu hal yang lain.

2017 adalah tahun di mana idea untuk pukululu.com ini diketengahkan. Tahun 2018 adalah tahun di mana laman ini dibangunkan. Dan akhirnya pada tahun hujung tahun 2018 saya mula menjumpai rentak yang paling sesuai untuk konsep yang akan diterapkan pada pukululu.com

2019

2019 adalah tahun di mana saya mula memberikan tumpuan sepenuhnya kepada konten di pukululu.com. Saya berharap pengunjung laman web ini memperoleh serba sedikit manfaat daripada artikel yang dikongsikan. Jika anda ingin menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghantar email ke hello@pukululu.com